19 November 2024 – BENGKEL PEMERKASAAN AHLI JAWATANKUASA KERJA MAJLIS PENDIDIKAN DAN LATIHAN DAN VOKASIONAL (TVET) NEGERI MELAKA
Invest Melaka Berhad telah menyertai program bengkel pemerkasaan ahli jawatankuasa kerja Majlis TVET Negeri Melaka anjuran Perbadanan Melaka (MCORP) di AMES Hotel yang diketuai oleh YB Datuk Khaidirah Abu Zahar, Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET dan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ginie Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad.
Bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan secara menyeluruh kepada ahli jawatankuasa kerja Majlis TVET Negeri Melaka serta membincangkan tentang langkah-langkah yang boleh diambil supaya dapat bergerak dalam membangunkan organisasi yang lebih mapan untuk masa depan negara.