26 June 2024 – Chief Executive Officer of Invest Melaka, Datuk Ginie Lim had an insightful visit to Texas Instrument incorporated(Melaka) together with delegation who led by the Melaka Chief Minister Datuk Sri Utama Ab Rauf Yusoh.
The delegation’s visit received a warm welcome from the factory’s representatives, including Vice president Mohommas Yunus, Managing Director MH Koh and etc. As TI is currently expanding its production facilities in both Melaka and Kuala Lumpur in order to enhance TI’s manufacturing capabilities in the region, during the visit today, discussions centered around the support provided by the local governments in facilitating project approvals.
Both the Malacca and Kuala Lumpur governments have actively assisted TI in navigating regulatory processes, ensuring the timely commencement of construction activities. TI aims to have the expanded facilities operational by March 2025.
—————————
26 Jun 2024 – Hari ini, Datuk Ginie Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka mengadakan lawatan ke Texas Instrument Incorporated di Melaka bersama-sama dengan delegasi yang diketuai oleh Datuk Sri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Lawatan delegasi menerima sambutan mesra dari wakil-wakil kilang, termasuk Naib Presiden Mohommas Yunus, Pengarah Urusan MH Koh dan lain-lain. Texas Instrument (TI) kini sedang memperluaskan kemudahan pengeluaran mereka di Melaka dan Kuala Lumpur untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran mereka di rantau ini.
Semasa lawatan hari ini, perbincangan tertumpu pada sokongan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Melaka dalam memudahkan kelulusan projek. Kerajaan Melaka dan Kuala Lumpur turut membantu TI secara aktif dalam menavigasi proses perundangan, memastikan permulaan aktiviti pembinaan dapat dilakukan dengan tepat pada masanya.