6 September 2024 – Delegasi Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Putrajaya yang diketuai oleh Ketua Pengarah Kastam, YBhg. Dato’ Anis Rizana binti Mohd Zainudin telah mengadakan satu lawatan ke Pejabat Kastam Zon Perindustrian Bebas Batu Berendam pada 6 September 2024 untuk melihat keadaan bangunanpejabat yang telah dibaikpulih oleh Invest Melaka Berhad pada bulan Julai yang lalu.Lawatan delegasi Ibu Pejabat Kastam ini telah disambut baik oleh YB Datuk Khaidirahbinti Abu Zahar, Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap Timbalan Pengerusi Invest Melaka Berhad bersama Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad, YBhg. Datuk Ginie Lim dan pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang diwakili oleh Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim selaku Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, UPEN. Turut hadir bersama JKDM Negeri Melaka yang diketuai oleh Pengarah Kastam Negeri, Tuan Nadzri bin Che Ani.
Delegasi Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Putrajaya
作者:
沙米鲁91