25 April 2024 – Delegasi Kerajaan Negeri Melaka mengadakan pertemuan bersama Bosch Rexroth, pembekal utama dunia bagi teknologi pemanduan dan kawalan, di Baden – Württemberg stand in Hall 6 di Jerman.
Lawatan sempena Expo Hannover Messe Württemberg, saya juga sempat mengadakan perbincangan bersama Encik Royce Tan, Pengarah Bosch Rexroth Malaysia.
Yang hadir sama, YB Dr Muhamad Akmal Saleh, EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YB Datuk Dira Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET; Datuk Md Azhan Samat, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan); dan Datuk Mohd Yusof Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka – MCORP.
Perbincangan ini membuka lembaran baharu untuk kerjasama yang lebih erat dengan Kerajaan Negeri Melaka termasuk dalam penyediaan pekerja yang menerima pakai kursus dan latihan untuk pekerja berkemahiran tinggi khususnya TVET.
Sebagai pakar terkemuka dalam teknologi pemanduan dan kawalan, Bosch Rexroth mempunyai tahap kepakaran teknologi yang unik, yang digunakan dalam pembangunan kursus latihan, sistem latihan dan alatan pembelajaran.