25 April 2024 – Ketika menyertai Expo: GERMAN PAVILLION – BADEN WURTTEMBERG INTERNATIONAL yang bertempat di Hall 12, saya bersama delegasi Kerajaan Negeri Melaka dibawa melihat ruang pameran yang memfokuskan kepada cara penggunaan tenaga, mobiliti, teknologi dan sebagainya.
Mr Thomas Speidel, Ketua Pegawai Eksekutif Adstec Energy, turut memberikan taklimat mengenai ChergeBox, penyelesaian sistem untuk pengecasan ultra-pantas buffer bateri yang menawarkan fleksibiliti maksimum.
Saya dimaklumkan yang teknologi ini belum dipasarkan di Asia, di mana syarikat itu cukup berminat untuk meneroka pasaran Asia.
Terdapat sehingga 45 pameran yang mengambil bahagian dalam Expo kali ini. Saya juga diberikan taklimat mengenai InnovationsCampus Mobilität oleh University of Stuggart, di mana ia memfokuskan penyelidikan canggih untuk mobiliti mampan dan pengeluaran masa depan.
Mereka turut berkongsi pengalaman kumpulan penyelidik untuk saling bekerjasama dan bekerja bagi membangunkan motor elektrik tanpa nadir bumi, teknologi pembuatan inovatif dan sistem perisian pembelajaran kendiri untuk kenderaan.