Pada 2 April 2024, Invest Melaka Berhad telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Perbadanan Melaka (MCORP) Bagi Bulan Mac 2024 di Galeri MCORP.
Majlis dihadiri oleh semua warga kerja Invest Melaka, MCORP serta kumpulan syarikat MCORP.
Datuk Ginie Lim, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka telah menyampaikan ucapan pembukaan bagi Majlis Peehimpunan Bulanan MCORP serta ucapan amanat telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohd Yusof bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MCORP.
Hadir sama YBrs. Datuk Lim Chow Beng, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MCORP dan YBrs Tuan Haji Ts. Noramirul Nizam bin Kamis, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MCORP.