1 Disember 2023 (Jumaat)
PLANMalaysia@Melaka telah melaksanakan sesi perkongsian maklumat bersama Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) berhubung Kulai Fast Lane (KFL) yang dipengerusikan oleh TPr. Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah, PLANMalaysia@Melaka dan perkongsi tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Mohd Nizam Bin Abd Razak, Ketua Jabatan Bangunan, MPKu.
Turut hadir pada sesi ini adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Perbadanan Melaka (MCORP) dan lain-lain agensi teknikal berkaitan.
Antara objektif perkongsian tersebut adalah: –
1. Memperkenalkan konsep pelaksanaan & pengoperasian Kualai Fast Lane kepada agensi-agensi teknikal di Negeri Melaka
2. Sebagai platform untuk kedua-dua pihak berkoordinasi dan berkongsi pandangan mengenai isu-isu teknikal yang melibatkan pelan pembangunan.
3. Potensi dan manfaat (hasil cukai) yang diperolehi daripada pelaksanaan Kulai Fast Lane.