28 Mac 2024
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) WIlayah Selatan dengan kerjasama Invest Melaka Berhad dan Perbadanan Melaka (MCORP) telah mengadakan Sesi Libat Urus Academy in Industry (AiI) Bersama Industri di Melaka. Program AiI ini diperkenalkan oleh MPC bagi membangunkan pekerja berkemahiran tinggi untuk industri. Program ini merupakan kolaborasi inovatif di antara industri, akademia dan agensi kerajaan bagi meningkatkan pencapaian pendidikan negara serta menangani isu kebergantungan terhadap tenaga kerja asing berkemahiran rendah, penganguran dan mengurangkan jurang ketidakpadanan kemahiran dalam industri.
Kerajaan Negeri Melaka bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sedang mempergiatkan usaha melonjakkan produktiviti dan daya saing negeri dengan memberi tumpuan membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang diperlukan oleh industri tempatan melalui pelaksanaan AiI.