26 OGOS 2023 (SABTU)
Kejohanan Badminton Industri Negeri Melaka 2023 anjuran bersama Infineon Technologies dan Invest Melaka Berhad (IMB) bersama Ahli Jawatankuasa Industri telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Ogos 2023.
Kejohanan ini telah terima penyertaan sebanyak 48 penyertaan terdiri daripada kategori beregu berkumpulan, kategori beregu wanita dan kategori beregu veteran. Sebanyak 258 pemain daripada pelbagai kilang di Negeri Melaka.
Kategori Beregu berkumpulan telah dimenangi oleh Infineon A, Kategori Beregu wanita pula telah dimenangi oleh Infineon A serta Kategori Beregu Veteran juga telah dimenangi oleh Infineon A.
Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Datuk Ginie Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad, turut hadir Encik Isnin Bin Ismail, Head, Port Security & Safety Department Tanjung Bruas Port (TBP) dan Encik Hairulzamani Othman, Pengurus Kanan Perindustrian & Keusahawanan Perbadanan Melaka (MCorp).