Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Invest Melaka Berhad secara kolaborasi akan menganjurkan Hari Eksport Melaka 2024 pada 27 & 28 Mei (Isnin & Selasa) di Grand Ballroom MITC bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Hari Eksport Melaka 2024 ini diadakan bertujuan sebagai satu platform usahawan untuk mendapatkan maklumat praktikal berkenaan panduan asas meneksport dari agensi-agensi dan badan-badan penggalakan eksport kerajaan dan swasta. Selain itu, program ini juga akan memberikan pendedahan kepada bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan perkhidmatan yang diberikan kepada usahawan tempatan oleh pelbagai pemain di dalam ekosistem negara untuk mereka memulakan langkah mengeksport.
Hari Eksport Melaka 2024 ini akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka pada 27 Mei 2024 sebelum program seminar Hari Eksport Melaka 2024 bermula.
Oleh itu, semua orang Melaka khasnya usahawan tempatan dijemput untuk menyertai Hari Eksport Melaka 2024 ini.
Jangan lepaskan peluang anda untuk berdaftar segera sebelum 17 Mei 2024 bagi mendapatkan diskaun harga early bird yuran penyertaan iaitu RM150/peserta. Yuran penyertaan akan berubah menjadi harga normal iaitu RM200/peserta selepas tarikh promosi diskaun sebelum 17 Mei 2024. Makan dan minum pagi, tengahari dan petang juga akan turut disediakan.
Jumpa anda di Hari Eksport Melaka 2024!