10 Julai 2024 – Petang ini saya mengadakan perjumpaan bersama syarikat Chaowei Power Holdings Limited dari China di pejabat saya di Seri Negeri.
Dalam pertemuan ini, syarikat yang menghasilkan bateri EV untuk motosikal dan basikal ini sedang mencari sebidang tanah bersesuaian untuk membolehkan syarikat itu melabur di Negeri Melaka.
Pemilihan Melaka katanya adalah disebabkan lokasinya yang strategik, selain harga tanah yang kompetitif. Kerajaan Negeri Melaka mengalu-alukan setiap pelabur yang datang ke negeri ini dan mengarahkan Perbadanan Melaka – MCORP untuk memudah cara prosedur kepada pelabur.
Yang hadir sama, YB Datuk Dira Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET; YB Datuk Lim Ban Hong, Penasihat Khas Pelaburan dan Hal Ehwal Negara China kepada YAB Ketua Menteri Melaka; Datuk Mohd Yusof Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MCORP; Datuk Ginie Lim Siew Lin, Ketua Pegawai Eksekutif Investieren Sie Melaka Berhad; dan Encik Jaibalan Harirajan, Pengarah Malaysian Investment Development Authority – MIDA Negeri Melaka.