22 Mac 2024
Pada 22 Mac 2024 telah berlangsungnya Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) membabitkan Perbadanan Melaka – MCORP bersama pemilik tanah untuk pembangunan German Technology Park (GTP) yang dijalankan di sebuah hotel Kuala Lumpur. Hadir sama di dalam majlis ini ialah Tuan Yang Terutama Dr. Peter Blomeyer, Duta Besar Jerman ke Malaysia.
Lapan syarikat yang terbabit MoU ini ialah MCORP yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar; Jakel Holdings Sdn Bhd diwakili oleh Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel; Riverwell Resources Sdn Bhd diwakili oleh Richard Teo Lay Ban; Yayasan Melaka diwakili oleh Datuk Kamarul Zaman Haji Jantan; Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) diwakili oleh Datuk Wira Arham Abdul Rahman; Harmony Alliance Sdn Bhd diwakili oleh Dato’ Zainal Abidin Sakom; Infra Park Development Sdn Bhd diwakili Nur Fairuz Ruslan; dan LCN Development Sdn Bhd diwakili oleh Norlaila Lee Abdullah.