24 April 2024 – Mengetuai delegasi Kerajaan Negeri Melaka mengadakan Mesyuarat bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Buruh dan Pelancongan Baden-Wurtternberg, Jerman, Dr Nicole Hoffmeister – Kraut.
Pertemuan yang berlangsung di Baden – Württemberg stand in Hall 12, antara lain bagi membincangkan mengenai potensi jalinan kerjasama di antara Negeri Melaka dan Jerman.
Yang hadir sama, YB Dr Muhamad Akmal Saleh, EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YB Datuk Dira Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET; Datuk Md Azhan Samat, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan); dan Datuk Mohd Yusof Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka – MCORP.
Dr Nicole turut menjelaskan banyak syarikat Jerman yang berpangkalan di Baden-Wurtternberg amat berminat untuk meneroka pasaran baharu di luar Jerman dan mereka melihat potensi kerjasama yang baik dari syarikat-syarikat di Malaysia.
Sehubungan itu, saya tidak ketinggalan mempromosikan kawasan industri German Technology Park (GTP) yang akan dibina di Melaka, selain menerangkan kemampuan Malaysia khususnya Negeri Melaka dalam melahirkan graduan TVET untuk pasaran perindustrian di negeri ini.
Dalam pertemuan ini, saya secara peribadi turut menjemput Dr Nicole untuk hadir sempena Minggu Jerman di Melaka pada Oktober ini bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).