27 Mei 2024
YB Datuk Khaidhirah binti Abu Zahar; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET Negeri Melaka merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Melaka (MCORP), telah menyempurnakan perasmian Grand Innosys (Malaysia) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.
Hadir sama, Pengarah MIDA Negeri Melaka; Tuan Jaibalan Harirajan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MCORP; YBrs. Datuk Lim Chow Beng, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad; YBrs. Datuk Ginie Lim dan Pengarah Urusan Grand Innosys (Malaysia) Tuan Chiang Hock Woo.
Turut hadir, Penasihat Khas Pelaburan dan Hal Ehwal Negara China kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Lim Ban Hong dan EXCO Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka; YB Tuan P. Shanmugam.
Grand Innosys merupakan sebuah kilang pembuatan dan penjualan peralatan ujian Litar Bersepadu (IC) daripada negara China, kini akan beroperasi di Melaka.